Sunday, 13 March 2016

TARIKAN KAFE HIPSTER


Penulis bersama rakan-rakan di Kafe Java Flava
Alamat: B-, 1786, Lorong Sekilau 30, Perkampungan Bukit Sekilau, 25300 Kuantan, Pahang
Jika dahulu generasi muda sering menjadikan restoran mamak dan restoran makanan segera sebagai tempat lepak, namun kini tidak lagi. Mereka kini beralih kepada kedai kopi moden atau lebih dikenali dengan nama kafe hipster. Kafe hipster kini sudah menjadi trend dan fenomena baharu di Malaysia.

Kelalang digunakan sebagai cawan dan gelas di The Chemistry Cafe
Alamat: 26, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Kafe hipster lain daripada kafe yang biasa. Apa yang menarik ialah ada kafe-kafe hipster yang beroperasi di barisan rumah kedai lama, dalam rumah, kontena dan trak (food truck). 

Konsep kafe hipster sangat unik, klasik, dan kreatif kerana hipster itu sendiri membawa maksud diluar kebiasaan masyarakat atau diluar arus perdana. Hipster merupakan alternatif kepada arus perdana sama ada dari segi fesyen, muzik, slanga, dan kafe.

Salah satu kafe hipster ialah The Chemistry Café yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam yang berkonsepkan makmal. Kafe ini tidak menggunakan gelas dan cawan sebaliknya menggantikanya dengan tabung uji, bikar, dan kelalang. Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan dilayan oleh kru yang berpakaian seperti saintis. Selain tema makmal, ada kafe-kafe hipster yang menggunakan konsep dan idea yang lebih kreatif dan segar seperti tema motosikal, penjara, kisah dongeng, dan okestra.


Cafe Racer, kafe yang bertemakan motosikal
Alamat: 72, Jalan Pingai, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor
Lokap Cafe, kafe yang bertemakan penjara
Alamat: 11, Jalan Dhoby, 80000, Johor Bahru, Johor
Dari segi pemilihan dekorasi, ada kafe hipster yang mengetengahkan konsep minimalis dan sarat. Kebanyakan kafe hipster menggunakan elemen kayu bagi menampakkan unsur semula jadi. Pemilik kafe juga gemar mempamerkan barang-barang antik dan jarang ditemui, seperti televisyen hitam putih, kalendar lama, dan permainan zaman 80-an. Dinding-dinding pada kafe hipster juga dihias dengan pelbagai dekorasi yang unik dan eksentrik seperti besi-besi terpakai, cat yang tidak sekata, dan lukisan-lukisan oleh artis yang tidak dikenali.


Antara barang-barang unik yang dipamerkan didalam kafe hipster

Susunan perabot kafe hipster juga lain daripada kafe biasa. Kafe hipster terkenal dengan susun atur meja dan kerusi yang tidak seragam. Pemilik kafe hipster gemar mencampuradukkan perabot yang berbeza dari segi saiz dan warna bagi mencipta gaya tersendiri.
Unik: Meja dan kerusi di kafe-kafe hipster kebanyakannya tidak seragam

Seperti kedai-kedai kopi yang lain, kafe hipster turut menawarkan pelbagai jenis kopi kepada pelanggan mereka seperti latte, cappuccino, macchiato, dan mocha. Tidak terhad kepada makanan barat seperti waffles dan spagetti, ada kafe hipster turut menawarkan variasi makanan tempatan seperti soto, mee kari, dan nasi lemak. Cuma, persembahan makanan dan minuman di kafe hipster lebih menarik dan berseni.

Alamat: 10, Jalan Anggerik Vanilla M 31/M, 40460 Shah Alam, Selangor

Kewujudan kafe hipster tidak ketahui ramai dan hanya diketahui melalui medium media sosial. Kebiasaanya, pelanggan yang berkunjung ke kafe hipster tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan memuat naik ke laman sosial seperti Facebook dan Instagram.  Perkara ini secara tidak langsung memberi publisiti kepada kafe-kafe hipster ini. 

Kafe hipster adalah pilihan yang tepat sekiranya anda inginkan suasana makan yang santai dan selesa sambil ditemani alunan muzik.  



No comments:

Post a Comment