Tahap kesedaran yang tinggi masyarakat Malaysia pada hari ini terhadap kesihatan menyebabkan makanan tambahan menjadi pilihan. Kesibukan bekerja menyebabkan sesetengah individu tidak mempunyai masa untuk menyediakan makananan yang seimbang dan bernutrisi tingggi. Oleh itu, makanan tambahan menjadi alternatif untuk mendapatan nutrisi yang diperlukan badan.

Trend gaya hidup sihat ini memberi peluang
kepada usahawan-usahawan tempatan untuk membangunkan produk makanan tambahan
mereka sendiri. Pelbagai jenis tumbuhan seperti buah-buahan dan herba
dikormesialkan untuk dijadikan produk makanan tambahan.
Boleh dikatakan iklan makanan tambahan di Malaysia semakin rancak dan kompetitif. Ada sahaja iklan makanan tambahan disiarkan di televisyen, radio, majalah, dan surat khabar. Kemajuan teknologi menyebabkan produk makanan tambahan turut dipromosi melalui
media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram. Persaingan sengit ini
menyebabkan pelbagai teknik pemasaran digunakan untuk menarik perhatian
pembeli.
![]() |
Produk makanan tambahan sering menggunakan iklan berbentuk testimoni |
Namun, apa yang membimbangkan ialah sejauh
mana kesahihan testimoni-testimoni ini? Adakah produk yang diiklankan itu mematuhi piwaian yang ditetapkan? Pesakit yang kurang pendedahan dan kurang maklumat mungkin akan terpengaruh dengan mesej iklan ini.
Ada yang berhenti mengambil ubat dan tidak mahu menerima rawatan susulan kerana terpengaruh dengan iklan.
Pesakit mungkin tertipu dengan produk makanan tambahan yang menggunakan testimoni yang hebat dan melampau. Ada kala pesakit terlupa bahawa setiap produk itu perlu menjalani beberapa ujian kimia dan ujian klinikal bagi memastikan produk tersebut selamat. Produk tersebut juga perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.
Pengambilan makanan tambahan tidak boleh
diambil dengan sewenang-wenangnya terutama bagi mereka yang menghidapi penyakit
kronik. Mereka perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu kerana dikhuatiri akan mendapat kesan sampingan. Selain itu, sesetengah makanan tambahan juga mungkin memberi tindak balas yang negatif dengan ubat yang dibekalkan doktor.
Oleh itu, kita perlulah mengambil langkah berhati-hati ketika memilih produk makanan tambahan yang sesuai. Penulis menasihatkan anda agar memilih produk yang mempunyai kandungan semula jadi dan bebas bahan kimia. Perlu dingatkan bahawa makanan tambahan bukannya ubat. Makanan tambahan tidak menyembuhkan
penyakit tetapi berfungsi untuk mengekalkan kesihatan.
Untuk memastikan anda menggunakan produk makanan tambahan yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, anda boleh menyemak di sini http://bpfk.moh.gov.my/quest/search_result.php?searchtxt
No comments:
Post a Comment